Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Harum Nama Malaysia : Farkhan Menang Tali Pinggang Cruiserwreight ABF

  • Published in Sukan

 

Foto - FB Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR - Petinju profesional negara kelahiran Johor, Muhammad Farkhan Haron sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila memenangi tali pinggang kategori Cruiserweight pada Kejohanan Cruiserweight Persekutuan Tinju Asia (ABF) di Manila, pada Sabtu.

Menerusi entri laman Facebook Johor Southern Tigers, bekas petinju kebangsaan itu menumpaskan wakil Indonesia, Jamed Jalarante menerusi kiraan 'KO' pada pusingan keenam.

Kejayaan itu menyaksikan Farkhan, anak kepada bekas petinju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail melebarkan rekod kemenangan dalam karier profesionalnya kepada enam perlawanan tanpa kalah.

Untuk rekod, petinju berusia 29 tahun itu sebelum ini pernah memenangi tali pinggang kategori 'light heavyweight' Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Johor Bahru, Januari tahun lepas.

((RTM / TV))