Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Djokovic Tersingkir Awal : Tunduk Kepada Pemain Bukan Pilihan

  • Published in Sukan
Foto - Reuters

AMERIKA SYARIKAT - Tenis BNP Paribas Indian Wells.

Kekalahan Novak Djokovic kepada pemain dari pusingan kelayakan Taro Daniel di pusingan kedua, mungkin boleh disifatkan sebagai kejutan terbesar yang belaku semalam.

Djokovic yang baru kembali beraksi setelah berehat kerana kecederaan sikunya,  mempamerkan aksi serba tidak kena sekaligus tersingkir.

Bukan, seperti yang dijangka..aksi bekas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic kelihatan kekok di gelanggang Indian Wells.

Bertemu pemain dari pusingan kelayakan, Taro Daniel Djokovic tewas di set pertama dengan penentuan tie break.

Bagaimanapun, pemain Serbia itu mempamerkan kebangkitan di set kedua, menang 6-4 sebelum kembali longlai di set ketiga.

Djokovic seakan tidak melawan, memberikan laluan mudah kepada Taro Daniel yang berusia 25 tahun untuk menang 6-1, sekaligus memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Pemain dari Jepun itu juga menganggap ia adalah kemenangan terbesar dalam kariernya.

((RTM / TV))