Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:30 AM UTC, May 27, 2018

Liga Super 2018 : Melaka United 2 – PKNP FC 0

  • Published in Sukan
Foto - Twitter Football Malaysia

MELAKA - Pasukan Melaka United(MU) berjaya menundukkan pendatang baru liga Super,  PKNP FC 2 - 0 dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka. 

Penyerang import MU, Yahor Zubovich menjadi wira skuad Hang Tuah apabila berjaya menjaringkan kedua-dua gol tersebut pada babak pertama dan kedua.

Pasukan pelawat bermula garang pada awal babak pertama menerusi beberapa asakan ke kubu pasukan MU.

PKNP cuba mencari gol awal menerusi percubaan pemain import, Luben Nikolov pada minit ke - 5 namun sekadar tersasar ke kiri gawang MU.

MU kemudian memperkemas jentera serangannya dan berjaya menemui gol pertama hasil tolakkan mudah Yahor Zubovich  yang menerima hantaran G. Puaneswaran pada minit ke 13.

Bersemangat dengan gol tersebut, skuad Hang Tuah terus menggandakan asakan namun percubaan zubovich berjaya ditangkap kemas penjaga gol, tian keat see pada minit ke 21 manakala percubaan jauh tiago gomes sekadar melepasi palang gol PKNP FC.

Peluang terbaik tuan rumah untuk menjarakkan kedudukan pada minit 42 gagal dimanfaatkan MU menerusi hantaran lintang G. puaneswaran di hadapan gol  yang gagal disambar kemas zubovich.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat cuba bangkit dari ketinggalan namun percubaan kapten PKNP,  Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke 56 sekadar melambung tinggi dari pintu gol manakala percubaanya 3 minit kemudian berjaya ditepis kemas penjaga gol MU,  Muhammad Zamir Selamat.

Manakala percubaan pemain gantian, Deevan Raj pada minit ke 74 gagal menemui penyudah apabila tersasar ke kanan gol MU.

Zubovich akhirnya mengecewakan harapan PKNP untuk bangkit apabila menyumbat masuk gol kedua MU pada minit ke 85 setelah berjaya melepasi beberapa pemain pertahanan pelawat.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat menyaksikan MU berjaya naik ke tangga ke empat liga dengan 9 mata.

((RTM MELAKA))