Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

Perak Menewaskan Selangor 3 – 0

  • Published in Sukan
Foto - Twitter Football Malaysia

LUMUT - Perak memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas menewaskan Selangor 3-0 di Stadium TLDM Lumut.

Keputusan itu membolehkan Perak naik ke tangga keenam dengan kutipan 7 mata.   

Jaringan pertama Perak diperoleh hasil kesilapan pemain pelawat, Mohamad Ashmawi Md Yakin selepas menanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-24.

Jaringan itu seakan menyuntik semangat anak buah Mehmet Durakovic untuk menambah gol.

Hasilnya pada minit ke-37, Kenny Pallraj menjaringkan gol kedua Perak selepas menerima hantaran daripada Gilmar Jose Da Silva.

Tersentak dengan dua jaringan itu, skuad Gergasi Merah menggadakan asakan namun setiap percubaan berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Berbaki beberapa minit untuk tamat separuh masa pertama, skuad bimbingan P.Maniam  terus dihukum .

Gilmar turut mencetak nama sebagai penjaring selepas menjaringkan gol ketiga Perak selepas menerima hantaran tinggi daripada Mohd Nor Hakim Hassan.

Perlawanan ini turut dicemari dengan layangan kad merah selepas pemain Selangor, William Silva Costa menerima kad kuning pada minit ke-84.

Tamat perlawanan Perak 3 Selangor 0.

((RTM PERAK))