Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:37 AM UTC, May 27, 2018

Goh-Shevon Muncul Juara Terbuka Jerman

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menampilkan aksi terpuji apabila muncul  juara kejohanan badminton Terbuka Jerman selepas menewaskan gandingan Denmark Niclas Nohr-Sara Thygesen 21-14, 22-20 pada aksi final, malam ini.

Kemenangan dalam masa 47 minit perlawanan itu juga meneruskan rentak cemerlang pasangan berkenaan selepas kejayaan mengungguli Kejohanan Badminton Kebangsaan, bulan lepas.

Terdahulu, Goh-Shevon melangkah ke final setelah menundukkan pilihan kelapan dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Chae Yoo Jung dalam pertarungan sengit 23-21, 23-25, 21-13 pada aksi separuh akhir, demikian menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Selepas ini, pasangan Malaysia itu yang kini menghuni ranking ke-10 dunia, akan beraksi pada ​kejohanan Seluruh England yang bakal berlangsung dari 14 hingga 18 Mac ini.

((BERNAMA))