Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Mohammad Fuad Hashim Juara Acara 80 Kilometer Individu

  • Published in Sukan

SETIU - Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu 2018.

Tiga kategori dipertandingkan dalam kejohanan yang berlangsung di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong Setiu.

Penunggang Pasukan  State of Terengganu Endurance STET, Mohammad Fuad Hashim, muncul juara acara 80 kilometer individu selepas mengetepikan dua pencabar utama dari pasukannya untuk meraih kejuaraan sulungnya tahun ini.

Ini adalah kali pertama Pemenang Pingat Emas Berpasukan acara Kuda Lasak Sukan SEA 2017 itu memenangi Piala Menteri Besar Terengganu.

Dia mencatat masa 3 jam 49 minit  dan 17 saat menewaskan pencabar terdekatnya Azizatul Asma Abdullah dengan catatan masa 3 jam 49 minit 53 saat.

Tempat ketiga disandang Saikh Ahmad Safwan Saikh Md Nor dengan kutipan masa 4 jam 45 minit 22 saat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Juara menerima hadiah wang tunai RM3,500 berserta trofi kemenangan.

Tempat kedua membawa pulang wang tunai RM3,000, manakala tempat ketiga menerima RM2,000.

STET A' juga mengungguli kategori Berpasukan 80km yang membawa pulang wang tunai TRM 5,000 dan trofi.

Tempat kedua dimenangi pasukan Royal Terengganu Endurance Stable, RTES A'  menerima hadiah wang tunai RM 4,000 manakala Pasukan Kuda Kuala Terengganu menduduki tempat ketiga, RM 3,000.

((RTM TERENGGANU))