Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Australia Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2018

  • Published in Sukan
Foto - Laman Web The Sultan Azlan Shah Cup 2018

IPOH - Sementara itu. Australia kembali muncul sebagai juara  selepas menewaskan England 2-1.
 
Pusingan separuh masa pertama perlawanan menyaksikan Kubu pertahanan kedua-dua pasukan  kebal tanpa dibolosi gol.

Namun, Australia mula membuka jaringan gol pertama pada minit ke-38 menerusi pukulan sudut penalti oleh Blake Govers.

Aksi cemerlang skuad Kookaburras diteruskan selepas Lachlan Sharp menjaringkan gol kedua negara itu pada minit ke-53.

England yang tidak mahu ketinggalan mata bangkit pada minit ke-54 dengan jaringan pertama negara itu oleh pemain nombor 13, Sam Ward.

Bagaimanapun, nyata kekuatan pasukan pertahanan Australia sukar ditembusi hingga ke masa penamat sekali gus menobatkan negara itu sebagai juara buat kali ke-10.

Ketua pasukan Autralia, Mark Knowles juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir  manakala pemain terbaik kejohanan adalah milik Daniel Beale dari pasukan yang sama.

Dalam pada itu, anugerah khas bagi kategori Fair Play' (Piala Raja Ashman Shah) juga dibolot oleh Australia.

Untuk kategori penjaring terbanyak pula dimiliki oleh Gonzalo Peilat dari Argentina dengan jumlah 8 gol.

Penjaga gol terbaik pula dianugerahkan kepada penjaga gol England, George Pinner.
 
Turut berangkat dalam perlawanan itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah   berkenan menyampaikan trofi kepada pasukan juara, Australia.

((RTM PERAK))