Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Malaysia Tewas Kepada Argentina

  • Published in Sukan
Foto - Laman Web The Sultan Azlan Shah 2018

IPOH - Malaysia terpaksa berpuas hati dengan tempat ke-4 selepas tewas tipis 2-3 kepada Argentina dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-27 di Stadium Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Argentina mendahului seawal minit pertama, menerusi jaringan Juan Lopez.

Malaysia terus diasak selepas Gonzalo Peillat menjaringkan gol kedua menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-11 perlawanan.

Bagaimanapun skuad Harimau Malaya bangkit pada suku masa kedua dan berjaya peroleh mata pertama pada minit ke-24 menerusi Joel Van Huizen.

Pada minit ke-27, pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan selepas Faizal Saari berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti ke dalam gol lawan.

Argentina enggan mengalah  pada minit ke-49 Pedro Ibarra menjaringkan gol kemenangan untuk  menempatkan negara itu di tempat ke-3  .

Pada kejohanan tahun lepas, Malaysia menduduki tangga ke lima, daripada enam pasukan.

((RTM PERAK))