Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:30 AM UTC, May 27, 2018

JDT Mendahului TFC Dengan 1 - 0

  • Published in Sukan
Foto - Instagram Official Johor

KUALA TERENGGANU - Perlawanan pusingan kelima liga antara tuan rumah Terengganu FC, TFC  melayan kunjungan skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta'dzim, JDT di Stadium Sultan ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu MALAM TADI.

Tuan rumah hampa apabila JDT pulang dengan tiga mata berharga untuk terus berada di takhta liga selepas mencatatkan kemenangan keempat mereka.

Hasil jaringan tunggal Marcos Antonio.

Sementara itu, permainan pantas ditunjukkan kedua-dua pasukan ini dengan masing-masing memperolehi peluang dan beberapa percubaan terbaik dalam tempoh 45 minit permainan separuh babak pertama.

Sekaligus mengamatkan lagi suasana di stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang dibanjiri lebih 11 ribu penyokong skuad Peteh.

Malah beberapa aksi keras dipamerkan pemain dari kedua-dua pasukan ini turut menyaksikan beberapa kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria, terutamanya pada babak separuh masa pertama.

Dalam pada itu di minit ke-29, pelawat terlebih dahulu mengegarkan jaring gawang tuan rumah yang dikawal penjaga gol berpengalaman, Mohd Suffian Rahman menerusi pemain pertahanan, Marcos Antonio berpunca sepakan percuma diambil Nicolas Alberto di luar kotak penalti.

Manakala peluang terbaik skuad Peteh untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit-44 menerusi Tchetche Kipre yang melepasi perangkap offside barisan pertahanan JDT.

Namun bekas penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias dilihat lebih bersedia apabila berjaya menahan bola rembatan kapten TFC itu menggunakan kaki, dan menyaksikan kelebihan satu gol itu terus kekal sehingga rehat babak separuh masa.

Bersambung permainan, skuad Harimau Selatan dilihat memperlahankan sedikit rentak mereka dan lebih kerap menahan asakan pemain tuan rumah yang cuba mencari gol penyamaan dan hanya sekali sekala melancarkan serangan balas.

Taktik tersebut nyata berkesan sehingga tamat pemainan sepenuh masa dan wisel penamat dibunyikan  Zukkarnain Zakaria, untuk JDT mengekalkan kelebihan satu gol tersebut dengan keputusan satu gol kosong.

((RTM TERENGGANU))