Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Liga Super 2018 : Pahang 4 – Negeri Sembilan 0

  • Published in Sukan
Foto - Instagram Pahang Football Association

KUANTAN - Aksi perlawanan Liga Super 2018 di Stadium Darul Makmur Kuantan menyaksikan Pahang berpesta gol di laman sendiri setelah membenam Negeri Sembilan 4-0 malam tadi.

2 gol di setiap babak itu memastikan tiga mata penuh diraih meletakkan skuad Tok Gajah di tangga kedua liga dengan 10 mata keseluruhan di belakang pendahulu Johor Darul Takzim (JDT).

Di awal perlawanan, pelawat terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah dengan beberapa percubaan namun gagal menemui sasaran.

Namun, gol pembukaan yang dicari berjaya dihasilkan skuad Tok Gajah menerusi Patrick Dos Santos Cruz pada minit ke-27 kemudian disusuli gol kedua oleh Francis Forkey Doe sejurus sebelum tamat babak pertama.

Pada sesi masa kedua; tidak banyak dapat dilakukan skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah untuk melakukan sebarang percubaan berbahaya ekoran kekebalan barisan pertahanan tuan rumah.

Sebaliknya, skuad Tok Gajah sekali lagi menghukum pelawat dengan gol Patrick Dos Santos Cruz pada minit ke-66 sementara Francis Forkey Doe kembali menambah duka pelawat dengan gol kemenangan pada minit ke-89.

((RTM PAHANG))