Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Presiden FIFA, Platini Tarik Diri

Presiden Kesatuan Bola Sepak, UEFA, Michel Platini yang menjalani penggantungan selama lapan bulan susulan skandal rasuah menarik diri daripada perebutan kerusi nombor satu Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA. 

Beliau membuat pengumuman itu semasa ditemubual akhar harian sukan, L'Equipe. 

Platini kini mahu memberi tumpuan kepada kes rasuah yang dihadapi, sambil menegaskan beliau tidak bersalah. 

Tegas lagenda bola sepak Perancis itu, adalah mustahil untuk menang jawatan Presiden FIFA, jika tidak dibenarkan berkempen dan merayu sokongan. 

Selain Platini, turut digantung selama lapan bulan atas dakwaan sama, Presiden FIFA Sepp Blatter yang menamatkan legasi selama 17 tahun menerajui FIFA dalam keadaan mengaibkan.