Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:37 AM UTC, May 27, 2018

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah : Malaysia 2- England 7

  • Published in Sukan

IPOH - Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi 27

Malaysia sekali lagi tewas 2-7 menentang England dalam perlawanan pusingan kelima kejohanan itu.

Mendahului pungutan mata  pasukan pelawat terdahulu didepan menerusi jaringan sudut penalti Mark Gleghorne pada minit ke 10.

Gol kedua hadir seminit kemudian menerusi   pukulan mantap Ollie Willars.

Ini diikuti gol ke-3, lima minit selepas itu hasil jaringan  Barry Middleton.

Turun dengan misi untuk mencari mata pertama, pada suku kedua skuad kebangsaan terus longlai England berjaya menambah mata keempat sekali lagi menerusi pukulan Barry Middleton pada minit 31.

Pasukan England terus berpesta gol, masing-masing hasil jaringan Sam Ward minit 38 dan pukulan penalti sudut pada minit ke 41.

Mata ketujuh pasukan pelawat hadir pada minit ke 48 menerusi jaringan penalti Mark Gleghornie

Pencarian mata pertama dan kedua Malaysia hanya  terhasil pada suku keempat pelawanan masing-masing jaringan penalti sudut Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke 50 dan Marhan Jalil minit ke 52.

Diakhir perlawanan Malaysia 2 England 7.

Keputusan itu sekaligus menafikan laluan Malaysia  ke perlawanan final.

((RTM PERAK))