Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

Aksi Lucu Pengadil Tular Di Laman Sosial

  • Published in Sukan

DUBAI - Jika beberapa minggu lalu, aksi seorang penjaga gol di saingan Bundesliga 2 Jerman yang melepaskan gol mudah kerana leka minum air menjadi tular satu lagi aksi melucukan terjadi.

Kali ini, pada kejohanan bola sepak Piala Teluk di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu UAE.
  
Perlawanan aksi pertama separuh akhir itu menyaksikan pertembungan kelab Al-Wasl dengan Shabab Al-Ahli di Stadium Al Rashid.

Secara tidak sengaja, seorang pemain Al-Wasl melakukan bentesan terhadap pengadil perlawanan pada minit ke-42, menyebabkan para pemain Shabab Al-Ahli tidak dapat menahan ketawa.

Pemain Al-Wasl itu bernama Ali Salmin.

Perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan.

((RTM / TV))