Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Nur Dhabitah menang gangsa di London

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Empat siri kejohanan berakhir tanpa sebarang pingat, skuad negara akhirnya menaiki podium pada Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina di London menerusi Nur Dhabitah Sabri selepas menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 3 meter papan ajal wanita awal pagi tadi.

Penerjun berasal dari Kuala Lumpur itu mengutip 344.40 mata keseluruhan tewas di belakang penerjun Australia, Maddison Keeney (368.30) manakala Jennifer Abel dari Kanada (353.05) meraih perak.

Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di London adalah yang terakhir untuk tahun ini dari keseluruhan 5 siri yang diadakan.

((RTM/FAISAL JAMAL))