Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Sasaran 10 Terbaik Sukan Komanwel 2018 Boleh Dicapai - NEWENHAM

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Pengarah Program Podium  Tim Newenham berkeyakinan kontinjen Malaysia mampu muncul antara 10 negara terbaik pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Australia bulan depan.

Katanya sasaran itu boleh dicapai berdasarkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk atlet negara di bawah program tersebut  sejak beberapa tahun lalu termasuk pakar sains sukan dan biomekanik, psikologi sukan selain memantapkan jurulatih.

“Kami yakin atlet telah bersedia kerana mereka menjalani program persediaan terbaik yang tidak pernah diberikan sebelum ini selain menerima pendedahan  latihan dan kejohanan antarabangsa agar mereka dapat memberi saingan mantap pada temasya itu,” kata Newenham.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Seminar Anti-doping 2018 di sini.

Seminar sehari itu yang dianjurkan secara bersama oleh Agensi Anti-Doping Malaysia, Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara disertai oleh 323 atlet dan 53 jurulatih kebangsaan. 

((BERNAMA))