Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Sukan SEA 2017- Skuad Ping Pong Sasar Emas

KUALA LUMPUR - Skuad Ping Pong negara meletakkan sasaran untuk meraih pingat dalam acara  berpasukan lelaki dan wanita pada Sukan SEA 2017. 

Sasaran tanpa mengira warna pingat bagi acara berpasukan itu dilihat lebih realistik berbanding acara perseorangan. 

Sasaran itu dinyatakan oleh jurulatih negara, Beh Lee Wei yang ditemui pada sesi latihan skuad negara di Bukit Jalil. 

Jelasnya lagi, acara berpasukan menjadi pilihan menyumbangkan pingat, kerana saingan bagi acara perseorangan pastinya dikuasai Singapura. 

Selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina, skuad ping pong akan ke China untuk menjalani latihan selama sebulan setengah, selain menyertai beberapa perlawanan ujian. 

Latihan di Beijing bagi pasukan lelaki dan di Hebei bagi pasukan wanita itu dijadual akan bermula dari 12 Februrari hingga 25 Mac. 

Selepas itu mereka dijadual akan menyertai Kejohanan Terbuka Thailand pada 29 Mac. 

((RTM))