Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Tenis Terbuka Australia: Roger Federer Ke Pusingan Separuh Akhir

MELBOURNE - Roger Federer mencerahkan peluang untuk merangkul kejuaraan Grand Slam pertamanya dalam tempoh 18 bulan selepas menempah tiket ke pusingan separuh akhir, Kejohanan Grand Slam Terbuka Australia. 

Dalam perlawanan suku akhir, bintang Switzerland itu mengambil masa 92 minit untuk menewaskan Mischa Zverev dari Jerman, 6-1, 7-5, 6-2 .

Juara empat kali itu akan bertemu rakan senegara, Stan islas Wawrinka yang mara setelah mengetepikan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga ,  7-6, 6-4, 6-3 . 

((AFP))