Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

ATM Tewaskan Kelab Sukan DBKL

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia ATM melakar kemenangan pertama dalam aksi kedua kumpulan A membenam Kelab Sukan DBKL 2-1.

Beraksi di laman sendiri di Stadium Mindef, Kuala Lumpur, ATM turun dengan semangat tinggi biarpun keletihan tumpas pada pusingan kedua Piala FA kepada Pahang di Kuantan baru-baru ini.

DBKL bagaimanapun memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-27, apabila sepakan S.Cheevaaneswaran terkena pertahanan ATM menewaskan Safril Hafizi Safari.

Tersentak dengan jaringan pelawat, ATM menyamakan kedudukan dua minit kemudian, hasil tandukan Mohd Zaironi Yusof .

Minit ke-37, ATM meledak gol kedua...juga menerusi Zaironi hasil hantaran lintang Hafiz Hamid.

ATM menerima padah minit akhir permainan apabila Azim Faris Shari dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua gara-gara tindakannya menyepak bola meski wisel ditiupkan awal oleh pengadil.

((RTM / TV))