Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Liga Juara - Juara : The LilyWhites Lawan The Old Lady

  • Published in Sukan

ENGLAND - Terikat kedudukan dua sama ketika pusingan pertama, Tottenham Hotspurs dan Juventus akan bertemu sekali lagi di pusingan kedua bagi menentukan pasukan mana akan mara ke saingan suku akhir. 

Beraksi di Wembley bukan satu jaminan kemenangan buat Hotspurs apabila bertemu pasukan berpengalaman seperti VECCHIA SIGNORA atau THE OLD LADY ini.

Walaupun, Tottenham Hotpsurs dianggap pilihan untuk mara, namun Juventus kendalian Massimiliani Allegri tetap bersemangat untuk mempamerkan kebangkitan.

Pada pusingan pertama lalu, Juve terlebih dahulu di depan hasil jaringan Gonzalo Higuain sebelum Spurs menyamakan kedudukan.

Dan kali ini, barisan pemain Juve akan lebih waspada dan tidak akan leka untuk mengekang asakan pemain-pemain berbahaya seperti Harry Kane.

Kelebihan tujuh perlawanan tanpa tewas kepada Hotspurs akan diguna sebaik di Wembley.

Kedua pasukan , pemain lagenda Gianluigi Buffon percaya faktor Wembley bukan kelebihan buat Hotspurs.
  
Bagi barisan pemain Tottenham Hotspurs, kebangkitan yang dipamerkan pada pusingan pertama sehingga mengikat kedudukan dua sama, meningkat keyakinan mereka untuk berhadapan dengan Juventus di pusingan kedua ini.

Walaupun memiliki rekod 15 perlawanan tanpa tewas dalam semua saingan musim ini, pengendali Mauricio Pochettino tetap mahu pemainnya fokus seratus peratus dalam pertemuan dengan Juventus ini.

((RTM / TV))