Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Sebastian Vettel Tampil Baik Pada Minggu Akhir Sesi Ujian Formula 1

  • Published in Sukan
Foto - Reuters

SPAIN - Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, tampil baik pada minggu akhir sesi ujian formula 1, dengan mencatat masa terpantas dan pusingan paling banyak di litar Catalunya, Barcelona.

Vettel mencatat 1 minit 20.396 saat, 0.2 saat lebih pantas dari pemandu mercedes, Valtteri Bottas, diikuti Max Verstappen dari Red Bull dan juara bertahan Lewis Hamilton yang memandu mercedes.

Vettel membuat 171 pusingan semalam, 41 pusingan lebih banyak dari Verstappen.

McLaren, yang menggunakan enjin Renault musim ini selepas 3 tahun malang bersama Honda, bergelut dengan isu kepercayaan apabila Stoffel Vandoorne terkandas 2 kali di atas trek.

Vandoorne mengakhiri dengan 38 pusingan, paling sedikit  antara 13 pemandu.

Rakan sepasukannya, yang juga juara 2 kali, Fernando Alonso tidak membuat percubaan.

4 hari pertama percubaan terhalang oleh cuaca buruk dan sejuk di Barcelona, dengan pasukan tidak boleh membuat percubaan berkualiti apabila kekurangan cengkaman trek dan tidak memberi hasil yang dijangka.

Hamilton mencatat masa pantas minggu lalu dengan 1 minit 19.333 saat.

Sesi latihan dan uijian ini berlangsung sehingga Jumaat ini.

Musim baharu formula 1 bermula dengan GP Australia di Melbourne pada 25 Mac ini.

((RTM / TV))