Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

PKBM Hantar Permohonan Rasmi Anjur Piala Dunia UCI

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sudah menghantar permohonan rasmi kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk menjadi salah satu hos Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia UCI musim 2019/20.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abdul Wahab memaklumkan beliau sudah menghantar permohonan rasmi kepada badan induk berbasikal dunia itu pada minggu lepas.

Beliau berkata Malaysia dijangka menerima saingan sengit dari China yang dilaporkan turut berhasrat menjadi tuan rumah kejohanan tahunan itu.

Datuk Abu Samah selepas majlis makan tengah hari PKBM bersama media di sini.

 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini, dilaporkan sebagai berkata Malaysia berhasrat membida menjadi hos salah satu siri Piala Dunia kerana menyifatkan Velodrom Nasional Nilai di Negeri Sembilan memenuhi spesifikasi ditetapkan UCI untuk menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.

Dalam pada itu, Datuk Abu Samah berkata PKBM akan menganjurkan dua siri Kejohanan Berbasikal Piala Asia pada 8-9 dan 11-12 Julai ini, selain Kejohanan Trek dan Lebuhraya Kebangsaan pada 14 hingga 15 Julai depan.

((BERNAMA))