Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Lazar Markovic Dipinjamkan Kepada Hull City

ENGLAND - Liverpool meminjamkan Lazar Markovic kepada Hull City, selepas tempoh pinjaman selama setahun kepada Sporting Lisbon dipendekkan. 

Pemain berusia 22 tahun itu akan beraksi dengan Hull sehingga penghujung musim ini. 

Markovic, hanya bermain 34 kali dengan The Reds, kerana dia bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pasukan itu.

 

((AFP))