Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Wenger Dikenakan Tuduhan Salah Laku

ENGLAND - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dikenakan tuduhan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak England selepas berbalah dengan pegawai perlawanan. 

Kesalahan itu dilakukan semasa pertemuan antara Arsenal dengan Burnley yang berakhir dengan keputusan 2-1. 

Jurulatih dari Perancis itu diarah keluar dari kawasan teknikal oleh pengadil selepas mengeluarkan kata-kata kesat akibat berang dengan penalti pada masa kecederaan yang diberikan kepada Burnley.

 

((AFP))