Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:37 AM UTC, May 27, 2018

Liga Juara Eropah

  • Published in Sukan

Bola sepak, Liga Juara Eropah.

Juara 12-kali, Real Madrid menempah tiket ke suku akhir.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke 51 untuk membantu kelab gergasi Sepanyol itu menumpaskan Paris Saint-Germain, 2-1 dalam aksi di Stadium Arena.

Real mara menerusi agregat 5-2.

Turut mara, Liverpool yang kali terakhir melangkah ke suku akhir, sembilan tahun lalu.

The Reds mara dengan jaringan agregat 5-0, menewaskan Porto.

Dalam aksi kedua, pusingan 16-pasukan di Anfield awal pagi tadi, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.


((AFP))