Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Undian Pusingan Ketiga Piala FA: Pertemuan Pahang, Kedah Lagi

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Bagaikan ulangan Final tahun lepas apabila juara bertahan Kedah FA di undi bertemu Pahang FA di Stadium Darul Makmur.

Turut mengulangi skrip tahun lepas, pasukan UITM FC apabila sekali lagi di undi bertemu pendahulu liga super, Johor Darul Takzim.

Manakala satu lagi pasukan dari institut pengajian tinggi, UKM FC diundi bertemu pendahulu liga perdana, FELDA United di Stadium Tun Abdul Razak.

Pasukan Melaka United pula akan menerima kunjungan pendatang baru liga super Kuala Lumpur
Manakala skuad kendalian P.Maniam akan ke stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium bagi menentang Terengganu FC.

Pulau Pinang yang mara ke pusingan ketiga selepas membenam pasukan PDRM 3-1 diundi bertemu pasukan Perak.

Satu lagi aksi menarik apabila dua pasukan liga super, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangr PKNS FC diundi menentang Kelantan FA.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak PKNP melengkapkan senarai pasukan bersaing akan menentang Kuantan FA.

(( RTM TV / MOHD ZAMBRI))