Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Mohd Azizulhasni Awang, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman Antara Tersenarai Dalam Anugerah Sukan Negara 2017

  • Published in Sukan

Menjelang Anugerah Sukan Negara ASN 2017. 

BUKIT JALIL - Jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan antara yang tersenarai untuk merebut gelaran Olahragawan Kebangsaan.

Selain Azizul dan Khairul Hafiz, turut disenarai dalam kategori tersebut atlet boling negara, Mohamad Rafiq Ismail, Mohd Fitri Saari dari sukan hoki, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah; bina badan, Muhammad Hakimi Ismail; olahraga, Gavin Kyle Green dari sukan Golf dan Wong Weng Son dari Wushu.

Bagi kategori Olahragawati Kebangsaan pula, pemain tenpin boling wanita negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Cheong Jun Hoong dari sukan terjun, Fatehah Mustapa; berbasikal, Emma Firyani Saroji ;boling padang, gimnas negara Koi Sei Yan dan S. Sivasangari dari skuasy turut disenarai pendek.

Sementara itu, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menguasai pencalonan kategori Olahragawan Paralimpik Kebangsaan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan KBS, Datuk Lokman Hakim Ali sebanyak 83 pencalonan telah diterima daripada persatuan sukan kebangsaan, Majlis Sukan Negeri, Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia.

Anugerah Sukan Negara 2017 akan disiarkan secara langsung di TV1, 9.30 malam, 13 Mac depan.

((RTM / TV))