Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

BAM Sambung Perjanjian Taja Bersama 100 Plus Untuk 2 Tahun

  • Published in Sukan

 

KUALA LUMPUR - Selama 15 tahun penuh kesetiaan dengan penajaan,  Persatuan Badminton Malaysia BAM menyambung perjanjian penajaan bersama pengeluar minuman isotonik, 100 plus untuk tempoh lagi 2 tahun. 

  
Presiden Persatuan Badminton Malaysia BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata menerusi perjanjian sehingga akhir tahun hadapan itu, 100 plus akan menjadi minuman rasmi bagi semua kejohanan dan aktiviti anjuran BAM termasuk Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

Lebih penting, perjanjian baharu itu akan menyaksikan 100plus menjadi penaja utama untuk sirkit remaja kebangsaan dan kejohanan remaja antara negeri bagi tempoh 2 tahun.

Dengan nilai 1.75 juta ringgit keseluruhan, ia menyaksikan peningkatan mendadak berbanding penajaan sebelum ini.

Menurut Datuk Seri Norza, untuk tahun 2018, penajaan berbentuk 500 ribu ringgit tunai dan 250 ribu ringgit nilai barangan manakala bagi tahun 2019 sebanyak 600 ribu ringgit tunai, 300 ribu ringgit barangan dan 100 ribu ringgit nilai media.

Bukan hanya kepada BAM, 100 plus turut menaja pemain-pemain secara individu.

Perjanjian itu juga secara tidak langsung menyaksikan 100plus menjadi penaja paling lama bersama BAM.

((RTM / TV)