Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Lapan Atlet Paralimpik Kelantan Layak Ke Sukan Asean

KUALA LUMPUR - Lapan atlet Paralimpik Kelantan dipilih mewakili negara ke Sukan Asean Paralimpik 2017 yang akan berlangsung 17 hingga 23 September depan.

Dalam temasya sukan kali ke sembilan ini, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kejohanan  yang disertai sebelas negara asia tenggara termasuk Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand. 

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Makhtar Mustapha berkata, atlet terbabit akan mewakili negara pada temasya sukan itu menerusi acara olahraga. 

Ini melibatkan  acara olahraga 200 meter, 400 meter, 800 meter dan 1,500 meter. 

Terdahulu, beliau menyampaikan insentif berjumlah RM20,000 kepada 34 atlet termasuk pegawai kontinjen.

((RTM))