Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Serena Williams Buru Juara Tenis Grand Slam Terbuka Australia

MELBOURNE - Bekas pemain wanita nombor satu dunia, Serena Williams berjaya mara ke pusingan suku akhir kejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia buat kali ke-11. 

Bintang Amerika itu berada di landasan untuk memburu rekod Grand Slam ke-23 selepas menundukkan pilihan ke 16 Barbora Strycova dari Republik Czech 7-5, 6-4. 

Lawan Serena bagi merebut tempat ke separuh akhir selepas ini ialah pemain Britain Johanna Konta. Pilihan ke-9 itu menewaskan Ekaterina Makarova dari Rusia 6-1, 6-4. 

((AFP))