Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Kapten Fiorentina, Davide Astori Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Published in Sukan
Foto - Davide Astori Wikipedia

UDINE - Pertahanan Itali yang juga Kapten Fiorentina, Davide Astori meninggal dunia akibat serangan jantung di bilik hotel penginapan sebelum bermula perlawanan Serie A.

Ini membabitkan perlawanan Fiorentina menentang Udinese di Rom yang terpaksa ditangguhkan.

Pemain berusia 31 tahun itu ditemui mati rakan sepasukan selepas gagal hadir bersarapan pagi di hotel Udine.

Kematian kapten itu mengejutkan seluruh peminat bola sepak Itali, menyebabkan perlawanan seluruh Serie A dan Serie B ditangguhkan untuk memberi penghormatan kepada pemain tersebut.

Astori meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia dua tahun.

Karier Astori bermula di Akademi Milan namun tidak pernah mewakili AC Milan sebaliknya bersama Cagliari pada 2008.

Bersama kelab itu selama 6 tahun sebelum beralih secara pinjaman ke AS Roma seterusnya kekal bersama Fiorentina sehingga 2016.

Rekodnya bersama Itali dengan 14 penampilan sejak 2011 antaranya melalui Piala Konfederasi 2013 di Brazil dengan dia menjaringkan gol ketika menentang Uruguay.

((RTM / TV))