Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Neymar Pulang Selepas Pembedahan Kaki

  • Published in Sukan
Foto - AFP

BRAZIL - Bintang bola sepak Brazil, Neymar, keluar dari hospital susulan pembedahan kaki dan kini menghabiskan masa di rumah, di pantai Mangaratiba, Rio de Janeiro.
   
Hospital Mater Dei di tenggara bandar Belo Horizonte membenarkan pemain itu keluar semalam.

Pemain berusia 26 tahun dari kelab Paris Saint-Germain dan juga penyerang Brazil mengalami kecederaan pada 25 Februari lalu ketika pasukannya bertemu Marseille dalam Liga Perancis.

Pembedahan yang dijalankan pada Sabtu, bagi memperbetulkan retakan pada anak jari kaki kanannya.

Neymar menaiki jet peribadi ke rumah beliau di Mangaratiba.

Belum jelas bila dia akan kembali ke Paris.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar, yang melakukan pembedahan berkata, pemulihan mengambil masa sehingga 3 bulan.

((RTM / TV))