Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

Bayern Munich Mengatasi Feirburg 4-0 Dalam Saingan Bundesliga.

  • Published in Sukan

 

GERMANY - Bayern Munich kini berkelebihan 20 mata setelah mengatasi Feirburg 4-0 dalam saingan Bundesliga.   

Bayern mendahului Feirburg pada minit ke 25, Thomas Mueller menjaringkan gol setelah bola terkena pertahanan tuan rumahlalu beliau memperdayakan Alexander Schwolow untuk mendahului 1-0.

Ini disusuli jaringan cantik Corentin Tolisso dari jarak jauh luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Feirburg semakin tertekan setelah Sadro wagner menyumbat gol ketiga minit ke 55 , sementara gol keempat oleh jaringan peribadi kedua Mueller ke 65 setelah menerima hantaran sepakan sudut oleh Joshua Kimmich.

Kemenangan ini membolehkan Bayern Munich berada di puncak liga sementara Schalke 04 saingan terdekat dikedudukan kedua ketinggalan lapan mata sementara Dortmund jatuh tempat ketiga setelah seri dengan Leipzig.

((RTM / TV))