Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Liga Perdana Inggeris - Man Utd 1 Stoke City 1, Man. City 2 Tottenham 2 Dan Swansea 3 Liverpool 2

LONDON - Wayne Rooney menyelamatkan Manchester United dengan menjaringkan gol di waktu akhir pemainan dan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan dengan Stoke City.

Pada minit ke-19, sepakan pemain Stoke City, Erik Pieters terkena Juan Mata dan masuk 'ke dalam gawang sendiri¨, memberi kedudukan Stoke mendahului 1 - 0.

Pengurus Jose Mourinho memasukkan Rooney pada minit ke-67 dan pada empat minit selepas masa kecederaan, Rooney membuat sepakan percuma yang hebat menewaskan penjaga gol Stoke Lee Grant dan ke dalam sudut atas.

Manakala, Tottenham Hotspurs mendapat satu mata apabila mereka datang daripada ketinggalan dua gol untuk mendapatkan seri di Manchester City.

Sementara Liverpool kalah kepada Swansea City 2 - 3, Fernando Llorente meletakkan Swansea di depan pada minit ke-48 dan jaring sekali lagi pada minit ke-52 sebelum Roberto Firmino menjaringkan gol untuk Liverpool tiga minit kemudian.

Firminojaringkan gol keduanya pada minit ke-69 menyamakan kedudukan bagi Liverpool, tetapi Gylfi Sigurdsson menjaringkan gol pada minit ke-74 untuk memberi kemenangan kepada Swansea City. (Sumber - Afp)