Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:30 AM UTC, May 27, 2018

MOM Dapat Kuota Tambahan, Rayuan Ke Sukan Komanwel Diketahui Selasa Ini

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Persatuan sukan yang membuat rayuan  mungkin berpeluang menyenaraikan atlet mereka ke temasya Sukan Komanwel 2018 pada 4 hingga 15 April depan, berikutan  beberapa kuota tambahan telah diberikan jawatankuasa penganjur kepada Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata  keputusan mengenaiatlet yang akan menyertai kontinjen negara ke Gold Coast, Australia itu akan diketahui Selasa ini, selepasdiputuskan dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas acara Larian Ria Sukan Asia ke-18 Jakarta-Palembang di Dataran Merdeka.

 

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebelum ini mengesahkan seramai 12 atlet akan beraksi di Gold Coast, namun mereka mengemukakan rayuan kepada MOM untuk menambah seorang lagi menjadikan 13 secara keseluruhannya.

Jika rayuan itu diluluskan, impian ratu pecut negara, Zaidatul Husniah, untuk beraksi dalam Sukan Komanwel mungkin akan menjadi menjadi kenyataan.

Berdasarkan prestasi terkini, Zaidatul Husniah mencatatkan masa 11.82 saat dalam acara 100m pada  kejohanan Pra Sukan Asia, Indonesia baru-baru ini.

((BERNAMA))