Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Christian Coleman Cipta Rekod Baharu Dunia Larian Pecut 60 Meter

  • Published in Sukan
Foto - AFP

BIRMINGHAM - Bintang muda Amerika Syarikat, Christian Coleman mengesahkan statusnya selaku raja pecut dalam dewan yang baharu pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia 2018 di Birmingham.

Setelah mencipta rekod baharu dunia acara pecut 60-meter, 6.34-saat bulan lalu, atlet berusia 21 tahun itu mencipta rekod baharu kejohanan, 6.37-saat untuk merangkul pingat emas.

Perak milik atlet China, Su Bingtian yang mencatat rekod baharu Asia, 6.42-saat manakala seorang lagi atlet Amerika, Ronnie Baker memenangi pingat gangsa.

((AFP))