Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

Bekas Pemain Badminton Beregu Kebangsaan Sah Tolak Tawaran Menyertai BAM

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Bekas pemain badminton beregu kebangsaan yang juga pernah menduduki ranking pertama dunia, Tan Boon Heong sah menolak tawaran untuk menyertai kembali Persatuan Badminton Malaysia BAM.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamed Norza Zakaria berkata BAM telah  memberi tawaran dan cadangan kepada pemain itu untuk diteliti tetapi akhirnya sehingga semalam, pemain itu memutuskan untuk menolak tawaran itu.

Menyentuh mengenai persediaan pasukan ke Piala Thomas tanpa pemain, itu, Datuk Seri Norza berkata pihaknya akan kekal dengan rancangan asal dan yakin    dengan kemampuan pasukan negara.

Dalam pada senarai muktamad pemain-pemain yang akan menggalas cabaran di sukan Komanwel turut diumumkan.

Diketuai perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei, pasukan negara akan dibarisi oleh perseorangan wanita Sonia Cheah, bergu Goh V Shem / Tan Wee Kiong, beregu wanita Chow Mei kuan / Vivian Hoo dan beregu campuran Chan Peng soon / Goh Liu Ying.

((RTM / TV))