Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

Iskandar Zulkarnain, Pemain Perseorangan Lelaki Juara Kejohanan Badminton Kebangsaan 2018

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Kejohanan Badminton Kebangsaan melabuhkan tirainya petang tadi menyaksikan Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya merampas kembali gelaran kejuaraan yang dimenanginya tiga tahun lalu apabila mencatat kemenangan ke atas rakan sepasukan Lee Zii Jia di pentas final.

Turut cemerlang, beregu campuran Goh Soon Huat- Shevon Lai Jamie yang mempertahankan trofi kemenangan setelah menumpaskan pilihan utama, Tan Kian Meng - Lai Pei Jing.

[WOMEN SINGLE]

Terlebih dahulu menegsahkan kejuaraan, Sonia Cheah yang catat kemenangan ketika bertemu dengan S.Kisona.

Kisona yang menwaskan Goh Jin Wei pada separuh akhir semalam turun selaku underdog dalam aksi final bagaimanapun terpaksa akur dengan ketangkasan Sonia.

Sonia menang 21-14, 21-19.

[MIX DOUBLES]

Dalam satu lagi aksi final, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal merampas gelaran kejuaraan daripada Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai.

Kian Meng-Pei Jing tewas 17-21, 17-21 sekaligus menyaksikan Soon Huat-Shevon berjaya mempertahankan trofi yang dimenangi tahun lalu.

[WOMEN DOUBLES]

Goh Yea Ching - Song Fei Choo pula muncul juara beregu wanita.

yea Ching-Fei Choo menang ke atas Chow Mei Kuan - Yap Cheng Wen 21-19, 24-22 dalam masa 55 minit.

[MEN DOUBLES]

Sementara itu, pertemuan beregu lelaki Goh V Shem - Tan Wee Kiong dengan gandingan professional Mohd Arif Latif - Nur Mohd Azryn Ayup menyaksikan wakil BAM itu menang dalam aksi rubber game.

Arif-Azryn yang mara ke final selepas mengejutkan pilihan kedua Ong Yew Sin - Teo Ee Yii pada separuh akhir semalam, akur kepada kehebatan V Shem-Wee Kiong walaupun berjaya mengikat permainan pada set kedua.

V Shem- Wee Kiong menang 21-17 19-21 21-15.

[MEN SINGLE]

Aksi perseorangan lelaki memperlihatkan pertemuan  dua pemain skaud piala thomas negara Iskandar Zulkarnain Zainunddin dengan Lee Zii Jia.

Zii Jia dalam misi memburu gelaran pertama di kejohanan ini sementara Iskandar nekad untuk mengulangi kejayaan 2015.

Bagaimanapun, Iskandar lebih hebat dengan kemenangan 21-19 21-16 sekaligus muncul juara.

((RTM / TV))