Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Neymar Bakal Jalani Pembedahan Kaki Kanan

  • Published in Sukan
Foto - AFP

MADRID - Bintang Brazil, Neymar dijadual terbang ke Belo Horizonte, hari ini untuk menjalani pembedahan kaki kanan.

Neymar, pemain bola sepak paling mahal di dunia dijadual menjalani prosedur itu di hospital Mater Dei.

Pembedahan akan dijalankan oleh pakar bedah skuad kebangsaan Brazil, Rodrigo Lasmar.

Menurut Lasmar, kecederaan penyerang berusia 26 tahun itu lebih serius daripada yang dijangkakan pada awalnya.

Neymar mengalami keretakan tulang kaki semasa mewakili Paris Saint-Germain dalam saingan Ligue ONE menentang Marseille, Ahad lepas.


((AFP))