Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Stan Wawrinka Tarik Diri Sertai ATP Masters

  • Published in Sukan
Foto - AFP

LONDON - Bintang tenis Switzerland, Stan Wawrinka menarik diri daripada acara ATP Masters di Indian Wells dan Miami, bulan ini.

Beliau memberi alasan, memerlukan lebih banyak masa untuk pulih daripada pembedahan lutut.

Pemenang Grand Slam sebanyak tiga kali itu bergelut untuk pulih, sejak menjalani pembedahan, Jun tahun lepas.

Tahun ini dia kembali beraksi, namun terpaksa menarik diri di pusingan kedua Terbuka Marseille, bulan lalu.


((AFP))