Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:30 AM UTC, May 27, 2018

Cean Bertemu PSG Separuh Akhir Piala Perancis

  • Published in Sukan
Foto - AFP

PARIS - Juara lima kali, Lyon dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada pasukan sesama Ligue One, Caen pada aksi suku akhir kejohanan Piala Perancis.

Kejayaan menyingkirkan Lyon membolehkan Caen mara ke peringkat paling tinggi dalam sejarah 105 tahun kelab tersebut.

Menanti di separuh akhir adalah juara bertahan tiga kali berturut-turut, Paris Saint-Germain .

Satu lagi separuh akhir menemukan dua pasukan dari Divisyen tiga, Les Herbiers dengan Chambly .


((AFP))