Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Murray Tempah Tiket ke Pusingan Ketiga

CANBERRA - Pemain tenis nombor satu dunia, Andy Murray dari Britain, menempah tiket ke pusingan ketiga Grand Slam Terbuka Australia.

Pilihan utama itu yang masih berhati-hati dengan kesakitan pada pergelangan kakinya, mara setelah menang straight set, 6-3, 6-0, dan 6-2 ke atas pemain Rusia Andrey Rublev .

Lawan seterusnya Murray, bintang Amerika, Sam Querrey yang mara setelah menumpaskan pemain tuan rumah Alex De Minaur 7-6, 6-0, dan 6-1.  

Dalam perseorangan wanita pula, pilihan utama yang juga juara bertahan, Angelique Kerber dari Jerman melangkah ke pusingan ketiga setelah menumpaskan rakan senegara, Carina Witthoeft, 6-2, 6-7 dan 6-2.

Turut mara pilihan ketujuh dari Sepanyol, Garbine Muguruza yang mengatasi Samantha Crawford dari Amerika, 7-5, dan  6-4 .

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi juara Olimpik, Monica Puig apabila dikecewakan pemain Jerman, Mona Barthel  4-6, dan  4-6.

 

 ((AFP))