Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Johor Bakal Menjadi Tuan Rumah Bagi Siri 2 Kejohanan Ragbi NAZA; Siri Tujuh Sebelah Kebangsaan 2018

  • Published in Sukan

                                                                         Foto: RTM

JOHOR BAHRU - Johor bakal menjadi tuan rumah bagi siri ke 2 Kejohanan Ragbi NAZA; Siri Tujuh Sebelah Kebangsaan 2018, bagi merebut Piala Ung Kek Chiow pada 10 dan 11 Mac ini.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Educity Sports Complex, Iskandar Puteri itu hasil kerjasama NAZA Group bersama Kesatuan Ragbi Malaysia, KRM.

Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Mohd Noorazam Datuk Osman berkata, kejohanan bertaraf antarabangsa itu bakal menjadi platform terbaik menaikkan sukan ragbi di negeri ini.

Kejohanan itu turut menyaksikan pasukan ragbi wanita Johor mengambil bahagian buat kali pertama.

Johor juga akan menyenaraikan beberapa bekas atlet kebangsaan yang berpengalaman bagi memberi aksi terbaik pada kejohanan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Kejohanan Ragbi NAZA Siri Tujuh Sebelah Kebangsaan 2018 di Johor Bahru.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Ragbi Johor, Josevata Bola berkata, kerja keras daripada pihaknya diperlukan bagi membawa pulang pingat emas pada perlawanan akhir, 25 Mac ini.

Siri pertama pertandingan pada 3 dan 4 Mac ini di Melaka manakala siri akhir pada 24 dan 25 Mac depan di Perak.

Ia diadakan dalam tiga siri dan merupakan format baru kejohanan.

Sebanyak 14 pasukan akan bersaing, melibatkan lapan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita.

Kejohanan membabitkan pasukan dari negeri Kelantan, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Angkatan Tentera Malaysia dan Johor. 

((RTM/JOHOR))