Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Everton Atasi Manchester City Di Laman Sendiri

  • Published in Sukan

Romelu Lukaku muncul wira Everton pada aksi separuh akhir pertama apabila membantu The Toffies menundukkan Manchester City dengan keputusan 2-1. 

Separuh akhir pertama Piala Liga menemukan 2 pasukan handalan Liga Perdana. 

Everton selaku tuan rumah garang dilaman sendiri apabila menguasai perlawanan. 

Namun, pintu gol The Citizen kebal bertahan sehinggalah minit ke 44 menerusi sepakan penjuru. 

Percubaan awal Ross Barkley singgah tepat dikaki Ramiro Funes Mori yang merembat rendah ke sasaran untuk kedudukan 1-0. 

Bersambung separuh masa kedua, The Citizen kembali bangkit apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jesus Navas pada minit ke-76. 

Gol berpunca dari serangan balas pantas diketuai Sergio Aguero. 

Ketika pelawat seakan selesa dengan bekalan 1 gol, Romelu Lukaku memadam hasrat the Citizen dengan tandukan kencang pada minit ke-78 

memberikan kelebihan buat pasukan underdog ini untuk berkunjung ke Stadium Etihad yang dijadual tiga minggu lagi. 

Jaringan ke-19 Lukaku musim ini dilihat mampu membantu pasukan yang kemarau trofi untuk mengulangi final Piala Liga 1984 ketika bertemu The Reds.