Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Piala Negara Afrika 2017 : Gabon Seri Satu Sama Dengan Burkina Faso

GABON - Tuan rumah seri satu sama dengan Burkina Faso dalam perlawanan bola sepak Piala Negara Afrika 2017 di Gabon.

Gol yang dijaringkan oleh Pierre-Emerick Aubame pada separuh masa kedua mengikat pasukan lawan yang terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-23 menerusi Prejuce Nakoulma.

Kedua-dua pasukan kini mengumpul dua mata daripada dua aksi kumpulan A. Satu lagi perlawanan menyaksikan Cameroon menewaskan Guinea-Bissau, 2-1.

 

((AFP))