Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Man-U Lantik Pengurus Sepenuh Masa Bagi Tangani Keganasan

OLD TRAFFORD - Kelab Manchester United telah melantik pengurus sepenuh masa bagi memerangi keganasan.

Ia merupakan sebahagian daripada peningkatan langkah-langkah keselamatan pada hari perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.

Mei lalu, aksi Liga Perdana Inggeris antara Man-U dengan Bournemouth telah ditangguhkan dan penonton dipindah keluar dari stadium selepas pakej mencurigakan ditemui di dalam tandas.

 

((AFP))