Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

MOONTON mahu anjurkan kejohanan dunia sulung Mobile Legends

  • Published in Sukan

Foto : FB KBS Malaysia



SUBANG - Pembangun e-Sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), MOONTON yang mahu menganjurkan kejohanan dunia sulung Mobile Legends di salah satu negara di Asia Tenggara.

Sehubungan itu, Malaysia menunjukkan minat mendalam untuk menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Justeru, menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perkara mengenainya akan dipanjangkan dan diperhalusi dengan beberapa pihak sebelum keputusan dibuat.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Sukan PPR Peringkat Selangor di PPR Lembah Subang 2.

Mobile Legends merupakan salah satu antara 6 kategori e-Sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Sea Filipina 2019, November ini.