Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Jeonbuk Motors Gagal Pertahankan Kejuaraan Ekoran Skandal Rasuah

SEOUL - Penyandang juara kelab Asia, Jeonbuk Motors dari Korea Selatan tidak akan dapat mempertahankan mahkota kejuaraan berikutan penglibatan dalam skandal rasuah pada 2013.

Pencari bakat kelab itu didakwa memberi rasuah mencecah lima juta won kepada dua pengadil bagi mengatur atau mempengaruhi keputusan perlawanan semasa musim 2013 dan 2014 K-League. 

Menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),  Jeju United FC akan menggantikan tempat Jeonbuk pada aksi kumpulan Liga Juara Asia musim ini. 

 

((Reuters))