Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

PBNP Kekal Keputusan Berkecuali

KUANTAN - Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) kekal dengan pendirian 'berkecuali daripada menyokong mana-mana calon untuk jawatan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM)'  pada kongres ke-53 badan induk itu, Mac ini. 

Presiden PBNP, Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bertitah, keputusan itu diambil bagi mengelakkan timbul sebarang isu berikutan jawatan presiden sekarang dipegang Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

Tengku Abdul Rahman bertitah pada media selepas melancarkan jersi baharu Pahang tajaan JAKO sempena Liga Malaysia 2017 di Kuantan. Jersi ditaja oleh Jako.

Baginda mengharapkan sentuhan magis jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh boleh membantu Pahang kembali berada di prestasi terbaik musim ini.

 

((RTM))