Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

Juventus Bertemu AC Milan Pada Perlawanan Akhir Piala Itali

  • Published in Sukan
Foto - AP

ROM - Juara bertahan, Juventus yang memburu gelaran keempat berturut-turut akan ditentang AC Milan dalam perlawanan akhir Piala Itali.

Skuad Old Lady mengalahkan Atalanta, 1-0 pada aksi kedua separuh akhir untuk mara dengan agregat, 2-0.

Rossoneri pula terikat agregat tanpa jaringan dengan Lazio serta gagal menemui jaringan selepas masa tambahan.

Namun berjaya menyingkirkan lawannya dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

Perlawanan akhir akan berlangsung 9 Mei ini di Rom.


((AFP))