Monday, August 19, 2019
updated 10:06 AM UTC, Aug 19, 2019

Pilihan utama, Novak Djokovic dari Serbia dan bintang Sepanyol, Rafael Nadal mara ke suku akhir

  • Published in Sukan

MONTE CARLO - Tenis, kejohanan gelanggang tanah liat, Monte Carlo Masters.

Pilihan utama, Novak Djokovic dari Serbia dan bintang Sepanyol, Rafael Nadal mara ke suku akhir kejohanan yang menawarkan seribu mata ATP kepada juara.

Djokovic menumpaskan pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz, 6-3, 6-0.

Manakala Nadal menewaskan Grigor Dimitrov dari Bulgaria, 6-4, 6-1.

Sementara itu pilihan ketiga, Alexander Zverev tersingkir apabila kalah 6-7, 1-6 kepada Fabio Fognini dari Itali.

Turut terkandas wakil Austria, Dominic Thiem yang tumpas 3-6, 3-6 kepada wakil Serbia, Dusan Lajovic.


((AFP))